Loading...

about bias stuff link entry dashboard twitter facebook follow instagram
12 Perkara seronok dilakukan bersama BFF

Assalamualaikum ,


hari niey namiey nak berkongsi dengan korang tentang 12 perkara seronok dilakukan bersama BFF . sape tak de BFF ? die menipu . hahak . okay , noww , let's go .... but sebelum to credit to Majalah Lisa , namiey tak tau website die ape....

1. Tag gambar atau nama teman di Facebook mungkin menjadi trend hari ni . namun , ia terlalu terdedah buat orang sekeliling yang boleh mengakses laman facebookmu. apa kata cipta blog dan lantik setiap dari kamu menjadi admin blog tersebut . kalian boleh bercerita perlbagai perkara walau yang agak peribadi untuk dikongsi bersama . lebih selamat jika blog tersebut hanya untuk akses setiap darimu .

2. Maraton DVD ! menonton filem kesukaan di zaman kamu di bangku sekolah pasti membangkitkan nostalgia .

3. tetapkan sesi pertemuan sekurang-kurangnya sekali sebulan . jika tidak cukup masa untuk bertemu di kafe atau restoranmamak , lakukan persidangan secara maya menerusi aplikasi online yang berhubung secara langsung memalui video seperti skype .

4. Geng bersenam... naikkan semangat ke gim dengan terman baik . sesi seperti menari atau yoga lebih menyeronokkan kerana melibatkan setiap kamu . atau , sertai gim seperti Curves yang menawarkan sesi senaman circuit . senaman berlainan janis yang dilakukan secara bulatan hanya mengambil masa 30 minit dan mampu membakar 500 kalori.

5. Jadi penulis novel dengan kisah yang tidak berkesudahan. setiap darimu akan menyambung tulisan rakanmu untuk bab berikutnya mengikut idea tersendiri . manalah tahu penulisan dan penceritaan kalian hebat untuk dicetak!

6. Adakan sesi fotografi bertema menarik di studio atau outdoor .tantukan tema dan sediakan props atau peralatan sampingan yang boleh menceriakan setiap gambar yang diambil .

7. Mulakan bahasa rahsia di kalangan kamu dengan menciptanya sendiri . mungkin sebelum ini kamu biase berbahasa 'F', apa katatukar ia kepada 'B' atau 'L'. pasti berguna di waktu kalian perlu berbahasa yang hanya difahami kalian . contohnya , ketika kalian mahu memuji jejaka kacak yang duduk di sebelah meja makan di kafe .

8. Jadi rakan kongsi . sertai bazar bermusim, di mana kalian juga boleh tambah kenalan dan meluaskan jaringan . tiada modal ? kumpul barangan pre loved iaitu pakaian atau aksesori yang tidak dipakai lagi namun sayang dibuang . hasil jualan boleh digunakan untuk sesi shoppping atau masuk ke dalam tabung percutian kamu dan teman.

9. Rancangan percutian ala Sex and City . bukan hanya jadual aktiviti yang menarik , namun digayakan mengikut karakter masing-masing.

10. Jom Sleepover!... dapat lampu hijau dari kedua ibubapa untuk tidur di rumah teman baik atas alasan ingin mengulang kaji pelajaran sememangnya sesuatu yang menyeronokkan suatu ketika dulu kan ? apa kata kembalikan memori itu dengan mengadakan pasti pyjamas di rumah . tetapkan untuk semua tetamu yang diundang memakai baju tidur bersama bantal busuk masing-masing. alasan terbaik untuk bergaya dengan baju tidur paling cantik dalam koleksimu !

11. Adakan sesi karaoke dan tetapkan hanya lagu yang popular di zaman kanak-kanakmu sahaja yang dibenarkan untuk dinyanyikan . walaupun kamu tak meminati sesebuah lagu tersebut, ia tetap akan mengundang hilai tawa kalian .

12. Bercuti ke luar negara bersama teman rapat pasti menyeronokkan . jika kalian lebih sukakan cabaran , apa kata panjang kaki memandu ke negara jiran seperti Singapura and Thailand . sediakan GPS supaya perjalanan kalian lebih lancar .


nota kaki :
namiey hanya taip balik ape yang die tulis dalam majalah tu je . kalau tak nak buat pun tak pe , just sharing . okay ,  bye !

Label: , , ,